Saturday, 11 August 2012

BIGGEST Robot : ULTIMATE OPTIMUS PRIME

 Aku dan Ultimate Optimus Prime

Ayah beli kat Toy R Us Miri di Bintang Mall. Harganya RM 260 murah dari harga 
mula-mula dia keluar dulu lebih kurang RM 350 lebih. Ayah tengok harga dah kurang baru ayah boleh beli. Kalo tak macam tak berbaloi je. Sebab ayah tengok macam tak laku, 
jadi ayah kata tunggu dan lihat dulu sebab stok nampak banyak.
Berbaloi jugak apabila penantian itu aku dapat gak 
Biggest Transformers Ever : ULTIMATE OPTIMUS PRIME. 
TQ AYAH......



 AYAH! berat betul robot ni


Ultimate Optimus dalam Vehicle Mode

Friday, 27 July 2012

Latest photo "MY DECEPTICONs"

Koleksi "DECEPTICON" aku

terdiri;

1. MEGATRON ROTF LEADER CLASS
2. STARSCREAM ROTF LEADER CLASS
3. SHOCKWAVE DOTM VOYAGER CLASS
4. SOUNDWAVE DOTM DELUXE CLASS
5. THE FALLEN ROTF VOYAGER CLASS
6. DEVASTATOR DOTM KO VERSION
7. BARRICADE ROTF DELUXE CLASS
8. BLACKOUT ROTF VOYAGER CLASS
9. LONG HAUL ROTF VOYAGER CLASS
10.RAMPAGE ROTF DELUXE CLASS
11.SIDESWAY ROTF DELUXE CLASS
12.BRAWL 1ST MOVIE DELUXE CLASS
13.BONECRUSHER 1ST MOVIE DELUXE CLASS 


Wheelie said "Arghhhh!!!! SHOCKWAVE COMING"

SHOCKWAVE in DOTM Movie

Akhirnya aku dapat shockwave (sekutu kuat Megatron). Ayah beli dari MUDAH,
 sama supplier dengan Wheeljack / Que. Thanks FUNNY TOYS !!!. 
Dia jual tak mahal dengan ayah cuma RM70 termasuk poslaju.


Adik aku (ANGAH) bersama SHOCKWAVE baru dibeli

SHOCKWAVE in vehicle mode

 ANGAH posing bersama SHOCKWAVE

AKU dan SHOCKWAVE


Sunday, 22 July 2012

KOLEKSI TRANSFORMERS aku sehingga kini

 AUTOBOT team

AUTOBOT roll out

 DECEPTICON team

WHEELJACK / QUE : Bertuah sapa yang memilikinya

WHEELJACK or Autobot QUE

Sangat sukar diperolehi. Bagi pengumpul koleksi TF macam Ayah akan terus berusaha mencarinya. 
Dalam MUDAH pun susah nak jumpa. Pernah sekali dua ayah jumpa dalam mudah, 
mereka jual harga sehingga RM 200 - 250. Ayah tak sanggup, mahal sgt tak berbaloi. 
Tapi satu hari tu, ayah terjumpa dalam MUDAH gak, 
kebetulan malam tu ayah buka internet dan kebetulan supplier tu baru je iklankan dalam MUDAH. 
Harga RM 100, cepat-cepat ayah sms supplier itu dan terus confirm beli. 
Jadi ayah dapat juga robot yang jarang sekali dijual di Malaysia mahupun US. 
Pada kotak pun tertulis diimport dari Hong Kong. 
Bagi yang benar-benar minat sahaja yang akan berbuat demikian...
TQ AYAH...

QUE dalam filem TF3 : DOTM


Adik ku ATHIRAH juga tidak ketinggalan bergambar bersama QUE

QUE bersama BUMBLEBEE n SOUNDWAVE



1st DOTM Decepticon : SOUNDWAVE

 Mercedes SLS : SOUNDWAVE (Pengikut setia MEGATRON)


Saiz SOUNDWAVE agak kecil sedikit dari BUMBLEBEE

Ayah beli dari MUDAH. Harganya RM115 termasuk poslaju. 
Kebetulan ayah cari dalam mudah dan jumpa. TQ MUDAH....

LEADFOOT: Pelengkap Trio Wreckers

 AKU DAN LEADFOOT

Aku dan ayah tak sangka dapat jumpa deluxe leadfoot, 
sebab dekat Malaysia memang sukar dijumpai kecuali ada kedai mengimport khas dari Jepun. 
Hari itu memang kami bernasib baik, masa kami sekeluarga berjalan-jalan di Amcorp, PJ, 
macam biasa kami singgah kedai biasa kami kunjungi. 
Setibanya masuk kedai itu, ayah nampak tauke tu sedang anggihkan beberapa leadfoot. 
Tauke tu kata ini untuk customer yang dah tempah. Ayah kata boleh beli satu tak? 
Mula-mula tauke tu tak kasi dan bila ayah pujuk, maka tauke akhirnya jual juga pada kami. 
Kebetulan tak mahal sangat dia jual dalam RM 70 je. 
Seronoknya aku masa tu.


 LEADFOOT: si gemuk pendek


TRIO WRECKERS (dari kiri) : TOP SPIN, LEADFOOT, ROAD BUSTER

DOTM : IRONHIDE

New IRONHIDE DOTM

Ayah beli Ironhide baru untuk ganti 1st movie Ironhide sebab ada bahagiannya patah. 
Ironhide kali ini kecil sedikit berbanding yang 1st. 
Tapi ia lebih menarik sebab kakinya lebih fleksibel.

WRECKERS: Top Spin & Road Buster

WRECKERS

Satu-satu gambar ayah ambil di rumah Bukit Mahkota masa beli wreckers di KLIA. 
Masa tu ayah pergi bertugas buat soalan di ILP Kuala Langat.

1st ROBOT: Dark Of The Moon (DOTM)

 SENTINEL PRIME: 1ST DOTM ROBOT

Angah pun turut tak ketinggalan bergambar bersama Sentinel

Ayah beli Sentinel dekat Boulevard, Miri. 
Mula-mula nak beli kat Toy R Us Miri, tapi Ayah kata mahal lebih RM10.

PRIME BERSAUDARA

TF3 : DARK OF THE MOON

2011, umur aku ketika ini 7 tahun. Ayah bawa aku sekali lagi menonton wayang filem TF3. 
Kali ini kami tak beli apa-apa lagi koleksi robot TF3. 
Ayah  tak tahu watak apa yang akan keluar dalam movie.
 Jadi ambil sikap tunggu dan lihat dulu.

Tuesday, 17 July 2012

LONG HAUL ROTF memang menarik

 LONG HAUL; Salah satu ahli Devastator

Masa ni aku dan family kat Shah Alam. Kami balik bercuti CNY. 
Saje2 balik kami sebab masa tahun ini adik aku kedua bakal lahir. 
Ayah dah pelan cuti awal sebab raya nanti kita orang tak balik sbb tunggu kelahiran adik di Miri.

Vehicle Mode LONG HAUL

Monday, 16 July 2012

OPTIMUS with the GUN

My best TF collection ever BUSTER OPTIMUS PRIME

Ayah beli di Sarawak Plaza, Kuching. Masa tu ayah ada kerja kat sana, jaga peperiksaan.

BUSTER OPTIMUS PRIME milik Aku.



STARSCREAM hadiah harijadi ke-7 tahun

My belated 7th birthday gift from AYAH is STARSCREAM

Ayah cerita dia beli kat Toy R Us Kota Kinabalu dalam Megamall ONE BORNEO. 
Masa tu ayah ada sukan dekat sana. 
Sedang ayah jalan kat Toy R Us, ayah nampak robot ni. 
Ayah terperanjat ada sale, murah harganya masa itu, RM 110 . 
Ayah macam tak percaya, kebetulan robot ini masih takde dalam koleksi kami, 
kalo ade pun deluxe saiz kecik, jadi ayah belilah. 
Memang besar robot ni, sama saiz dengan optimus dan megatron.



Sunday, 15 July 2012

ROTF; AUTOBOT collection

AUTOBOT roll out

Ikut kan kata ayah koleksi gambar kat atas tu masih belum lengkap. 
Kami masih belum jumpa ARCEE, CHROMIA, dan WEELIE. 
Sebenarnya wheelie banyak kat kedai, tapi macam tak cantik lak. 
Ayah masih lagi menaruh harapan mencari 3 robot ini ; 
Deluxe ARCEE, Deluxe CHROMIA dan Legends Wheelie. 
Mana la tahu BOS HASBRO tengok blog ni, 
harap-harap dia kasi la aku SPECIAL GIFT pada aku sebagai Best ROTF Collector. 
Berangan betul la aku nie....hehehee

New BUMBLEBEE ROTF, new look

BUMBLEBEE ROTF

Akhirnya ayah beli gak bumblebee yang berwajah baru. 
Kalo nak ikutkan ayah tak nak beli sebab koleksi Bumblebee 1st movie dah ada. 
Tetapi terdapat banyak perubahan seperti muka robot lebih jelas dan 
car mode lebih sporty dengan skirting...
Tapi cadangan awalnya ayah beli kemudian nak jual balik. 
At the end ayah buka juga untuk aku main...hehehe...seronok la aku....

JOLT ROTF watak yang tak bercakap dalam MOVIE

JOLT

Macam watak last minute dalam TF ROTF. Sebab langsung tak bercakap. 
Rasa aku la director MICHAEL BAY terpaksa add watak JOLT ni last minute 
sebab at the end tugasnya kena gabungkan Optimus dengan Jet Fire.
Lepas tu langsung tak nampak muka masa berlawan pun. 
WATAK POYO JE NI...Tapi Poyo-poyo pun ayah aku beli dari Mudah.Com
(EXTREME TOY COLLECTOR). Sebab kat miri tak ada jual. 
Jadi rebutan juga bagi yang membuat koleksi, 
sebab watak ni ada dalam layar perak....hehehe..

Jual Transformers ; Optimus Prime ROTF

2nd hand Optimus Prime ROTF for sale

RM 150 
(including postage Poslaju)

Condition;
95% OK
Got few scratches but no parts broken
BIB with convert manual to vehicle mode
Pls.call or sms : 016-7870708 (Mr. Hans)

Back in Box [BIB]

Balik Raya beli JETFIRE ROTF

 JETFIRE ROTF

Aku dapat Jetfire masa kami balik beraya. Gambar di atas kat rumah Atok Janggut, Shah Alam.
Yang bestnye kat JETFIRE ni, dia boleh bergabung dengan OPTIMUS PRIME.
Gempak tu...Kalo tak caya tgk gambar aku dengan Gabungan robot itu...


KEMBAR SKID, MUDFLAP disatukan

MUDFLAP ROTF

 Ni robot pertama ayah beli melalui MUDAH.COM. 
Pada mulanya ayah ragu-ragu gak dengan web ni. Kira gamble gak beli. 
Kalo tak silap Ayah beli dari EXTREME TOY COLLECTOR from Penang. 
Harganya RM 70 shj masa tu. Cari kat Miri tak jumpe. 
Bagi melengkapkan pasangan kembarnya AUTOBOT SKID, ayah beli akhirnya.

AUTOBOT SKID & MUDFLAP

Saturday, 14 July 2012

Budak Baik Demam Dapat Hadiah 'DEVASTATOR'

Aku dapat 'DEVASTATOR' lepas baik demam

Masa tu umur aku 6 tahun. Sekolah tadika kat SK MERBAU, Miri. 
Aku tak ikut ayah masa dia pegi beli. Tup..tup ayah balik bawa robot ni. 
WAH!!! excited giler.

Koleksi DECEPTICON ROTF

DECEPTICON ROTF

THE FALLEN & RAMPAGE ROTF

 THE FALLEN

Ayah beli lambat sikit. Aku rasa robot Decepticon ROTF yang terakhir kot. 
Sebab bentuk nye agak buruk sikit. Nampak lebih ke alien je.

RAMPAGE pelengkap Decepticon ROTF

MIXMASTER dalam kenangan

MIXMASTER ROTF

Kenapa aku kata ianya 'dalam kenangan' ? Ceritanye macam ni, ayah dah pun beli robot ni, 
sebelum ayah beli starscream rotf. Bila ia dikeluarkan dari kotak saje, 
ayah nampak satu bahagian pada robot ni sudah patah. 
Tak syok la kan baru beli dan baru je keluar kotak dah nampak patah. 
Ayah cakap ni masalah pembuatan di kilangnya. Jadi ayah terus pulangkan balik kat Toy R Us, 
dan ayah tukar dengan Starsream ROTF. Sampai sekarang Mixmaster tidak berganti....
Itu lah sebab ia dalam kenangan saje.....huhuhu......


STARSREAM ROTF; "Jet Mode" lebih menarik dari robot 1st movie

STARCREAM ROTF

Ayah beli robot ni sebab ayah tengok bentuk jet nya lebih menarik dari starscream versi 1st movie. 
Ayah beli kat Toy r us gak. Masa tu aku pun ada gak ikut.

STARSCREAM 1st Movie (kiri) & ROTF (kanan)