AUTOBOT team
Sunday, 22 July 2012
WHEELJACK / QUE : Bertuah sapa yang memilikinya
WHEELJACK or Autobot QUE
Sangat sukar diperolehi. Bagi pengumpul koleksi TF macam Ayah akan terus berusaha mencarinya.
Dalam MUDAH pun susah nak jumpa. Pernah sekali dua ayah jumpa dalam mudah,
mereka jual harga sehingga RM 200 - 250. Ayah tak sanggup, mahal sgt tak berbaloi.
Tapi satu hari tu, ayah terjumpa dalam MUDAH gak,
kebetulan malam tu ayah buka internet dan kebetulan supplier tu baru je iklankan dalam MUDAH.
Harga RM 100, cepat-cepat ayah sms supplier itu dan terus confirm beli.
Jadi ayah dapat juga robot yang jarang sekali dijual di Malaysia mahupun US.
Pada kotak pun tertulis diimport dari Hong Kong.
Bagi yang benar-benar minat sahaja yang akan berbuat demikian...
TQ AYAH...
Adik ku ATHIRAH juga tidak ketinggalan bergambar bersama QUE
QUE bersama BUMBLEBEE n SOUNDWAVE
1st DOTM Decepticon : SOUNDWAVE
Mercedes SLS : SOUNDWAVE (Pengikut setia MEGATRON)
Saiz SOUNDWAVE agak kecil sedikit dari BUMBLEBEE
Ayah beli dari MUDAH. Harganya RM115 termasuk poslaju.
Kebetulan ayah cari dalam mudah dan jumpa. TQ MUDAH....
LEADFOOT: Pelengkap Trio Wreckers
AKU DAN LEADFOOT
Aku dan ayah tak sangka dapat jumpa deluxe leadfoot,
sebab dekat Malaysia memang sukar dijumpai kecuali ada kedai mengimport khas dari Jepun.
Hari itu memang kami bernasib baik, masa kami sekeluarga berjalan-jalan di Amcorp, PJ,
macam biasa kami singgah kedai biasa kami kunjungi.
Setibanya masuk kedai itu, ayah nampak tauke tu sedang anggihkan beberapa leadfoot.
Tauke tu kata ini untuk customer yang dah tempah. Ayah kata boleh beli satu tak?
Mula-mula tauke tu tak kasi dan bila ayah pujuk, maka tauke akhirnya jual juga pada kami.
Kebetulan tak mahal sangat dia jual dalam RM 70 je.
Seronoknya aku masa tu.
LEADFOOT: si gemuk pendek
TRIO WRECKERS (dari kiri) : TOP SPIN, LEADFOOT, ROAD BUSTER
DOTM : IRONHIDE
New IRONHIDE DOTM
Ayah beli Ironhide baru untuk ganti 1st movie Ironhide sebab ada bahagiannya patah.
Ironhide kali ini kecil sedikit berbanding yang 1st.
Tapi ia lebih menarik sebab kakinya lebih fleksibel.
WRECKERS: Top Spin & Road Buster
WRECKERS
Satu-satu gambar ayah ambil di rumah Bukit Mahkota masa beli wreckers di KLIA.
Masa tu ayah pergi bertugas buat soalan di ILP Kuala Langat.
1st ROBOT: Dark Of The Moon (DOTM)
SENTINEL PRIME: 1ST DOTM ROBOT
Angah pun turut tak ketinggalan bergambar bersama Sentinel
Ayah beli Sentinel dekat Boulevard, Miri.
Mula-mula nak beli kat Toy R Us Miri, tapi Ayah kata mahal lebih RM10.
PRIME BERSAUDARA
TF3 : DARK OF THE MOON
2011, umur aku ketika ini 7 tahun. Ayah bawa aku sekali lagi menonton wayang filem TF3.
Kali ini kami tak beli apa-apa lagi koleksi robot TF3.
Ayah tak tahu watak apa yang akan keluar dalam movie.
Jadi ambil sikap tunggu dan lihat dulu.
Subscribe to:
Posts (Atom)