Saturday, 14 July 2012

Budak Baik Demam Dapat Hadiah 'DEVASTATOR'

Aku dapat 'DEVASTATOR' lepas baik demam

Masa tu umur aku 6 tahun. Sekolah tadika kat SK MERBAU, Miri. 
Aku tak ikut ayah masa dia pegi beli. Tup..tup ayah balik bawa robot ni. 
WAH!!! excited giler.

Koleksi DECEPTICON ROTF

DECEPTICON ROTF

THE FALLEN & RAMPAGE ROTF

 THE FALLEN

Ayah beli lambat sikit. Aku rasa robot Decepticon ROTF yang terakhir kot. 
Sebab bentuk nye agak buruk sikit. Nampak lebih ke alien je.

RAMPAGE pelengkap Decepticon ROTF

MIXMASTER dalam kenangan

MIXMASTER ROTF

Kenapa aku kata ianya 'dalam kenangan' ? Ceritanye macam ni, ayah dah pun beli robot ni, 
sebelum ayah beli starscream rotf. Bila ia dikeluarkan dari kotak saje, 
ayah nampak satu bahagian pada robot ni sudah patah. 
Tak syok la kan baru beli dan baru je keluar kotak dah nampak patah. 
Ayah cakap ni masalah pembuatan di kilangnya. Jadi ayah terus pulangkan balik kat Toy R Us, 
dan ayah tukar dengan Starsream ROTF. Sampai sekarang Mixmaster tidak berganti....
Itu lah sebab ia dalam kenangan saje.....huhuhu......


STARSREAM ROTF; "Jet Mode" lebih menarik dari robot 1st movie

STARCREAM ROTF

Ayah beli robot ni sebab ayah tengok bentuk jet nya lebih menarik dari starscream versi 1st movie. 
Ayah beli kat Toy r us gak. Masa tu aku pun ada gak ikut.

STARSCREAM 1st Movie (kiri) & ROTF (kanan)


MASA utk Tengok WAYANG TF ROTF

Ayah ambil gambar aku sebelum kami masuk panggung. Giler best ceritanya.

MEGATRON "CANON TANK" ROTF

AKU DAN MEGATRON ROTF

Baru lah optimus boleh gaduh dengan Megatron,....haahahaa.

koleksi ROTF terbaru aku "MEGATRON DAN OPTIMUS PRIME"


 MEGATRON in Tank mode

New OPTIMUS PRIME ROTF

OPTIMUS PRIME

Ayah aku suka sangat dengan optimus ini. Berbeza dengan optimus 1st movie yang kaku. 
Optimus ROTF hampir serupa seperti dalam Movie. 
Lebih nampak macam betul-betul dalam movie...

Era baru TRANSFORMERS 2 "Revenge of The Fallen" (ROTF)

AKU DAN AYAH depan Toy R Us, Miri

Hari tu ayah kejut aku awal pagi, katanya nak pegi beli robot. 
Rupanya hari tu hari pelancaran mainan robot TF2 ROTF. 
Gambar kat atas tu, gambar kami depan Toy r us di Bintang Mall, Miri, Sarawak. 
Toy r us pun belum buka lg kami dah sampai. 
Ayah tak nak jadi macam 1st movie, sampai berbulan nak lengkapkan koleksi. 
Hari tu ayah beli sekali semua model yang dilancarkan. Ayah habis hampir RM 800 jugak lah. 
Banyak nye duit ayah...hehehe...saje bodek ayah.

IBU pening, banyak sangat nak beli

Pulang aku ke rumah tanpa tangan yang kosong

Hari tu ayah beli 6 robot.

OPTIMUS PRIME
MEGATRON
SIDESWIPE
AUTOBOT SKID
SOUNDWAVE
SIDESWAY

adik aku NADIRAH pun turut gembira.

"TQ AYAH"

ROBOT TF turut ke MIRI

TF 1st movie collections

Ayah susun robot aku atas almari pakaian sebab takut Amirah Nadirah (adik aku) rosakkan. 
Ayah cadang nak beli kabinet kaca utk simpan robot aku. 
Kalau tengok tarikh gambar tu 3 May 2009, 
baru 2 bulan je kami berpindah ke Miri dan umur aku dah nak masuk 5 tahun pada Jun 2009. 
Rasanya dah hampir15 robot ayah aku sudah beli ketika itu.

RACHET kaler hijau...IBU PENYELAMAT

RACHET "fire department", kaler mcm dalam 1st movie

Kebetulan hari tu kami sekeluarga pergi jalan-jalan dekat ONE UTAMA, DAMANSARA. 
Masuk la Jusco kat situ. Tengah ronda-ronda, tetiba IBU teriak panggil ayah. 
"Mari-mari sini korang bedua" Ibu panggil aku dan ayah. 
"AKHIRNYA IBU GAK YANG JUMPA APA YANG KORANG CARI, MURAH LAK TU, HEHEHE ....RM89.90 je" dengan rasa bangganya ibu dan tersenyum lebar. 
Anyway TQ Ibu, sayang kat ibu kerana memahami....hehehe saje je bodek........
Tapi betul kalau tak jumpe hari tu pastinya memang susah model tu nak cari lagi.

HAIKAL'S TRANSFORMERS THE MOVIE COLLECTIONS

Aku (HAIKAL) bersama AUTOBOT TF 1st Movie

Robot AUTOBOT & DECEPTICON 1st Movie

Masa ni, aku dan family menetap di Taman Cempaka, Nilai , Negeri Sembilan. 
Kalau tengok tarikh kat gambar tu pada 24 Jan 2008. 
Umur aku masa tu nak masuk 4 tahun. 
Dah banyak gak koleksi robot yanng ayah belikan untuk aku.

DECEPTICON pelengkap TF 1st Movie aku

TF 1st Movie "STARSCREAM"

Rupabentuk starscream ni mcm tak sama dalam movie. 
Tapi Ayah beli je sebab itu saje model yang ada utk lengkapkan koleksi aku.

BRAWL & BONECRUSHER

Ayah tak beli BRAWL yang besar, sbb mahal dan brawl bukan watak utama pun. Aku pun tak suka sgt. Dapat yang kecik pun cukup la utk lengkapkan DECEPTICON team.

BARRICADE

"Barricade" antara robot yang kami susah cari.

BLACKOUT

Yang ni ceritanye mcm ni. Mula-mula ayah tak nak beli robot ni, 
walaupun kami dah pernah nampak kat ALAMANDA Putrajaya. 
Bila ayah buat keputusan utk jadikan TF sebagai koleksi, 
ayah datang balik ALAMANDA tapi ia dah abis. 
Setelah beberapa minggu pencarian ayah, akhirnya ayah jumpa kat AMCORP PJ.
Nama kedai itu TOY WIZ.Kedai itu menjadi kedai yang mesti kami sekeluarga pergi bila berada di PJ. Banyak koleksi TF boleh dicari di sana. 
TQ TOY WIZ.........


Demam DECEPTICON bermula

MEGATRON "Leader of Decepticon"

Ini decepticon pertama yang ayah aku beli untuk aku. Dia boleh bertukar jadi "Space Ship" macam dalam movie. Mcm kat bawah ni...


Sekutu AUTOBOT 1st Movie TF

IRONHIDE TFTM

Antara robot yang aku minat skali.

AKU sedang merenung robot kegemaran semua orang iaitu "BUMBLEBEE (Camaro 2012)

Robot BUMBLEBEE

JAZZ TFTM

Yang ni aku masih ingat, kita owg gi ALAMANDA PUTRAJAYA. 
Masa tu ayah main sambar je dekat Carefour. Harganya RM49.90.
Sekarang ni memang susah la nak cari sebab awal-awal lagi watak JAZZ ni mati dalam movie pertama TF. Dia kena bunuh dengan MEGATRON, ketua Decepticon. "I want 2 pieces". 
Maka terputus dua la badan JAZZ.

RACHET AMBULANCE

Ini pulak, ayah kata dia terpaksa beli sebab dah puas ayah cari satu KL 
Rachet kaler Hijau macam dalam movie tu. Tapi tak jumpe2. 
Akhir skali jumper Rachet Putih, ayah beli je terus sebab nak complete kan team AUTOBOT 1st Movie.

BESARNYA ROBOT OPTIMUS PRIME

OPTIMUS PRIME Transformer The Movie (TFTM)

Tuuuu... dia.... ayah belikan aku Robot Optimus Prime. BESARNYERRRRRR!!! 
Memang besar robot ni, aku pegang pun rasa berat sekali...Ayah cakap harganya RM400. 
Aku tanya ayah "Kenapa mahal sangat ayah?". 
Ayah kata susah nak cari, dah jarang ada kat kedai-kedai mainan.
Itu pun jumpa masa ayah bawa aku ke Berjaya Times Square KL, masa tu NENEK rumah tinggi pun ada. Ibu terperanjat bila aku tunjukkan mainan baru aku tu.
Masa tu juga kita orang sekeluarga tengah menantikan saat-saat lahirnya adik aku yang 1st.
Namanya AMIRAH NADIRAH. Dia lahir kat hospital Kajang, Selangor. 
Start dari hari itu, ayah mula cari robot-robot lain dalam TFTM. 
Ayah kata nak buat collection. Aku suka lah...hehehe.

Hadiah Harijadi aku umur 3 tahun

BUMBLEBEE TFTM (Camaro 1976)

Yang ini ayah belikan aku masa harijadi aku ke 3 tahun. 
Ayah ada bagi tahu kat aku, kalau aku jaga bumblebee ni jangan sampai kasi rosak, 
dia akan beli banyak lagi robot macam dalam movie TF tu. 
Jadi aku jaga lah sampai 3 bulan. 
Lepas 3 bulan nak tahu apa next, 
teng...teng..teng......

Robot TF Pertama AKU

CLIFFJUMPER TF GENERATION 1
 
Ini robot pertama aku yang ayah belikan masa aku umur 3 tahun. 
Masa tu aku dan family tinggal di Bangi Selangor. Robot ni ayah ku beli dekat Jusco Seremban 2. 
Masa tu punyer la excited sebab first time aku dapat mainan mahal dari ayah.